Thursday 21 November 2013

sepintas lalu.




aku bersyukur dengan apa yang aku ada.
diberi peluang lahir ke dunia satu anugerah.
dikurniakan tubuh badan yang sempurna anugerah yang tak terkata.
dilahirkan dalam keluarga bahagia sentiasa diimpikan.
dikurniakan dalam islam sejak lahir itu nikmat yang sangat indah.
 
tapi, ada masa terdetik dihati tidak mensyukuri segala.
kerana apa . kerana aku hanya manusia biasa.
selalu menilai orang sekeliling,
selalu bimbang pandangan orang sekeliling.
kerana . kerana aku dikurniakan dalam Islam
tapi Iman yang aku punya boleh menaik turunnya .
kerana apa . kerana aku Insan.
Insan yang sering ALPHA.
 
ya, aku juga bimbang amalanku tidak diterima.
tetapi aku percaya ALLAH maha PENGAMPUN.
berubah untuk menjadi lebih baik bukan satu kesalahan.
ya. siapa kita untuk menilai amalan yang lain.