Friday 23 September 2011

ibuku pembohong ... !!

ibuku Seorang Pembohong ? Sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang terjadi, ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.


Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian..Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga sederhana. Makan minum serba kekurangan.


PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan ikan masin satu keluarga.. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering merungut. Saya menangis, mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu bijak berbohong. Ketika makan, ibu sering membagikan nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.”-


PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Ketika saya meningkat besar, ibu yang gigih membesarkan kami sering meluangkan watu lapangnya untuk pergi memancing di sungai sebelah rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami. Pulang dari memancing, ibu memasak ikan segar yang mengundang selera. Sewaktu saya memakan ikan itu, ibu duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang bekas sisa ikan yang saya makan tadi.Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh lalu memberikan ikan yg belum saya makan kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.”  


PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu biasa membuat kueh untuk dijual sebagai tambahan wang saku saya dan abang. Suatu saat, pada dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur.. Saya melihat ibu membuat kueh dengan ditemani lilin di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu tersengguk-sengguk kerana ngantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi kan ibu nak pergi ke kebun pulak.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum ngantuk.”


PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Di akhir masa ujian sekolah saya, ibu tidak pergi berjualan kueh seperti biasa supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk turut memberi semangat kepada saya. Ketika hari sudah mulai cerah, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya komat-kamit berdoa kepada Allah agar saya lulus ujian dengan cemerlang. Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang biasa itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih dalam. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!”


PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah ayah meninggal kerana sakit, selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengalas tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja memetik cengkeh di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kueh-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah daya seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang jiran yang baik hati dan tinggal bersebelahan dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu… Para tetangga sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang menjaga dan mencarikan nafkah untuk kami sekeluarga.. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengindahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlu cinta dan saya tidak perlu laki-laki.”


PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah kakak-kakak saya tamat sekolah dan mulai bekerja, ibu pun sudah tua. Kakak-kakak saya menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah. Tidak perlu bersusah payah untuk mencari wang. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malah ibu mengirim balik wang itu, dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada wang.”


PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran, saya melanjutkan lagi pembelajaran saya untuk bergelar graduan di luar negeri. Keperluan saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan negeri. Pengajian itu saya tamat dengan cemerlang, kemudian saya  bekerja dengan pihak kerajaan yang telah membiayai pengajian saya sepanjang di luar negeri. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berniat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya bersama saya di luar negeri. Menurut pendapat saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, oleh itu ,saya ingin hari-hari tua ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu dengan lembut menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah nak, ibu tak selesa tinggal di negara orang.”-


PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita yang ibu menghidap penyakit kanser di leher, yang mana bekteria sudah mula menyerang segenap saraf ibu. Ibu mesti menjalani pembedahan secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang sana segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di hospital, setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalar setiap inci tubuhnya.Saya dapat melihat dengan jelas betapa kejamnya penyakit itu telah menyerang tubuh ibu, sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakitsekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.”Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk terakhir kali. Dibalik pembohongannya, tersimpan cintanya yang begitu besar bagi anak2nya. Anda beruntung kerana masih mempunyai orangtua… Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau orangtua anda jauh dari mata, anda boleh menelefon sekarang, dan berkata, “Ibu/Ayah, saya sayang ibu/ayah.” Tapi tidak saya lakukan, hingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana,,walaupon saya menyanyangi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.Ibu, maafkan saya. Saya sayang ibu…….


gambar ini sekadar hiasan...ini adalah orang yang paling saya sayang di dunia...
iaitu ibu saya yang tercinta.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum n Welcome
sila tinggalkan jejak ..
terima kasih .