Tuesday 24 May 2011

ooopppooocooootttt ! ! ! m e l a t a h ~~~

melatah.......first thing orang selalu bayangkan ialah pempuan yang dah berusia< kirenyew nieh golongan mak-mak "n" nenek-nenek kite lar>...bende-bende alah macam ni sangat2 sinonim + antonim (merapu jap) dgn golongan wanita....tapi,,,xkurang jugak golongan lelaki...muahahahha....maybe ni gambaran CS saje kot pasal golongan melatah ni..
manakala bila bercakap tentang reaksi mereka plop...memang bermacam dan pelbagai gaya...ada yang melompat,,,ada yang menari,,ada yang menyanyi,,bercakap tanpa henti,,,malahan ada jugak yang mengeluarkan kata2 kesat...hehehe....tu larr antara reaksi mereka...jika kita perhatikan lagi kan,,,bile seseorang tu melatah,,dyer seolah-olah lupe akan perbuatan mereke dan hilang pertimbangan seketika...
tapikan....yang aneh bin ajaibnye,,bile mereke neih melatah xdak pon yang lari...malah makin galak mengusik ada larr..prilaku mereka nilah yang dianggap menghiburkan oleh org sekelilingnya...bahkan dalam sesuatu majils,,tapi biashe nye majlis kawenlah...suasana yang gembira seperti itu pasti akan d serikan lagi dgn mereka2 yang suke melatah neih..hehehehe...(mcm aku selalu tgok je situasi ni) ...

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, latah bermaksud seseorang (biasanya wanita) tidak sedar apa yang dilakukan, mengikut perbuatan atau suruhan orang lain tanpa disedari, mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu secara tidak sengaja kerana terperanjat.
menurut Pakar Psikologi---> Dr William S Buroughs,,, menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita.

Penulis buku American Normal: Hyperstartle Syndrome, Lawrene Osborne pernah menyatakan jika masyarakat Amerika Syarikat (AS) popular dengan penyakit anoreksia, orang Nigeria mengalami masalah kepenatan minda, bangsa Melayu pula menghidap ‘penyakit’ latah (hyperstartle syndrome)...
walaupun pakar belum lagi menemui punca sebenar melatah,,tetapi mereka percaya semua itu ada kaitan dengan fungsi sistem saraf,,,sosial,,,dan psikologi...

Menurut Dekan Klinikal Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Zain, sistem saraf pusat yang dimaksudkan itu berlaku di bahagian tengah otak.
Jelasnya, apabila golongan ini disergah secara serta-merta, sistem limbik (di bahagian tengah otak) terganggu dan boleh menyebabkan mereka terkejut, lalu melatah. Pada saat itu, turut berlaku sedikit konflik emosi dan memori.
“Sebab itulah, jika diperhatikan individu yang melatah bukan sahaja melakukan aksi di luar kawalan, malah mereka tidak akan mengingati apa yang berlaku sepanjang insiden tersebut,” jelasnya.

segelinter masayarakat kita berpendapat bahawa melatah ini bukan satu penyakit yang bahaya dek kerana kelakuan yang dikatakan menghiburkan itu...tetapi tanpa kita sedar..mengusik mereke yang melatah ini akan membuatkan mereka berada dibawah keadaan separa sedar dan sometimes make them hilang kawalan dan kepenatan..

kesimpulanye : janganlah dok rajin sangat kacaw depa yang kuat latah tu...kesian kat depa taw....kite tak taw....kacaw nye kacaw satg bejangkit plop kat kite...ha...ape cer...hehehehe....




before i leave....neih ade satu video pasal orang melatah neih....saksikan yerr..^^,








sumber : http://www.srikasih.co.cc/2009/02/tabiat-melatah.html
              http://zikrihusaini.com/budaya-melatah/
              http://www.youtube.com/watch?v=GOHjiTVE-ik&feature=related

oke....sampai sini dulu entry ni...ASSALAMUALAIKUM.....^^V



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum n Welcome
sila tinggalkan jejak ..
terima kasih .